Definisi Rel ringan

Transit Aliran Ringan Edmonton di Edmonton, Alberta, Canada, yang merupakan laluan LRT moden pertama di Amerika UtaraRel ringan MetroLink di St. Louis, Missouri, Amerika SyarikatBuenos Aires Premetro, dibina pada tahun 1987Sebuah tren Laluan Hijau MBTA di BostonRel Ringan Pittsburgh di Station Square

Istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan) telah dicipta oleh Pentadbiran Pengangkutan Massa Bandar (UMTA; perintis kepada Pentadbiran Transit Persekutuan) untuk menerangkan transformasi trem baharu yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat. Di Jerman, istilah Stadtbahn (perlu dibezakan dengan S-Bahn, singkatan kepada Stadtschnellbahn) telah digunakan untuk menerangkan konsep rel ringan, dan kebanyakan kakitangan dalam UMTA mahu mengguna pakai terjemahan langsung, iaitu city rail (Bahasa Melayu: rel bandar). Sebaliknya, UMTA akhirnya mengguna pakai istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan).[9] Ringan dalam konteks ini merujuk kepada "bertujuan untuk muatan ringan dan pergerakan laju", daripada merujuk kepada berat fizikal. Pelaburan infrastruktur juga selalunya lebih kecil daripada sistem rel berat. Jika terdapat satu perbezaan diantara rel ringan dan sistem metro, ia adalah kebolehan kenderaan rel ringan untuk secara teknikalnya beroperasi di trafik bercampur jika diperlukan.[10]

Badan Penyelidikan Pengangkutan (Pusat Sistem Pengangkutan) metakrifkan "light rail" (bahasa Melayu:"rel ringan") pada tahun 1977 sebagai "sebuah mod pengangkutan bandar menggunakan hampir sepenuhnya lalu lalang khusus tetapi tidak semestinya bertingkat. Kenderaan elektrik atas landasan beropasi secara tunggal atau bersama kenderaan serupa yang lain. LRT menyediakan pelbagai kemampuan penumpang dan ciri-ciri prestasi dengan kos sederhana."

Persatuan Pengangkutan Awam Amerika (APTA), dalam sebuah Glossari Terminologi Transit, mentakrikan rel ringan sebagai:

...sebuah mod perkhidmatan transit (juga dipanggil trem atau troli) mengoperasikan tren rel penumpang secara tunggal (atau ringkasnya, selalunya tren dua-gerabak atau tiga-gerabak) di landasan tetap di lalu lalang yang selalunya dipisahnya daripada trafik lain secara sebahagian atau majoriti laluannya. Kenderaan rel ringan biasanya dipandu secara elektrikal dengan kuasa ditarik daripada talian elektrk atas melalui [galah] troli atau pantograph; dipandu oleh sebuah pemandu atas kenderaan; dan mungkin mempunyai platform tinggi atau penaikan aras rendah menggunakan tangga."[1]

Namun begitu, beberapa transit berkuasa diesel telah dilabelkan sebagai rel ringan, seperti O-Train Laluan Trillium di Ottawa, Ontario, Kanada, Laluan River di New Jersey, Amerika Syarikat, dan Sprinter di California, Amerika Syarikat, yang menggunakan kereta diesel multiple unit (DMU).

SEPTA's 101 trolley pulling into 69th Street Terminal near Philadelphia

Frasa bertentangan rel berat pula digunakan untuk kapasiti tinggi dan sistem kelajuan tinggi. Tekonologi rel konvensional termasuk rel berkelajuan tinggi, kargo, komuter, dan sistem transit bandar metro/bawah tanah/bertingkat dipanggil "rel berat". Transit rakyat adalah lebih "ringan", dari segi kapasiti. Monorel adalah teknologi berasingan yang menemui lebih banyak kejayaan di perkhidmatan khusus daripada peranan transit pengguna.